Kumpulan Berita Viral dari Sosmed

Innalillahi wainnalillahi rojiun, Pelajar Tahfiz Meninggal Dunia Ketika Tidur, Jenazah Wangi Ketika Dikafankan Semoga Husnul Khotimah Aamiin..ya allah

 

 


Seorang pelajar tahfiz dari Indonesia, Muhammad Al Fatih Syukur, 18, ditemui meninggal dunia di bilik tidurnya di Mesir pada 9 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.


Menurut sumber, arwah menyertai program Ma’had Syaraful Haramain di sini bermula 2018 yang lalu dan bakal melanjutkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar pada September 2021.

“Pagi ini ketika berita kematiannya terlintas di laman Facebook, saya tersentak kerana apa yang saya tahu arwah tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini.
“Muhammad al-Fatih Syukur adalah salah seorang pelajar terbaik di sana dan antara yang terawal menghafaz 30 juzuk Al-Quran,” kata Zaenal Akhbar Mustaqin.

Menurut Zaenal lagi, arwah sering menjadi imam kerana memiliki suara yang merdu.
“Semalam dia mengimamkan solat Subuh, tetapi Maghrib Allah memanggilnya pulang ketika dia sedang berpuasa sunat,” katanya.
Arwah Muhammad Al Fatih tidak hanya menghafal Al-Quran, beliau turut menghafal Alfiyah Ibn Malik, yaitu kitab berima tatabahasa Arab yang ditulis oleh Ibn Malik pada kurun ke-13.

“Arwah juga pembawa moral dan adab yang luar biasa. Hampir tidak mninggalkan jejak keburukan, kecuali kebaikan, Allah mengasihi dia dan keluarganya. Pada usia 18 tahun, Tuhan memanggilnya.

“Namun, ayah dan ibunya yang bertuah dapat menuai kebaikannya. Semoga amal solehnya diterima oleh Allah dan semua dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT,” katanya.

Difahamkan, jenazah Muhammad Al Fatih akan dibawa pulang ke pangkuan ibu bapanya di Ternate untuk dikebumikan di sana.

“Semoga Almarhum mendapat husnul khatimah dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dan keredhaan. Aaminn.. Al-Fatihah,” katanya.
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

0 Comments:

Post a Comment